Saturday, 2 March 2013

Jangan Bersedih (Don't Be Sad)

Aku ada membaca buku yang bertajuk Don't Be Sad yang ditulis oleh Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni dan penterjemah Noraine Abu.Buku ini sangat sesuai jika anda tengah bersedih kerana selepas membaca anda akan mendapat sedikit ketenangan..Aku ada mengambil sedikit kata2 didalam buku ini..


1. Renungkanlah dan Bersyukurlah
Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada anda. Kerana        nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi nikmat selainnya yang telah diberikan Allah kepada anda.

2. Yang Lalu, Biarlah Berlalu
Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan suatu tindakan yand bodoh dan gila. Itu, sama ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalang orang untuk menjalani kehidupan seadanya.

3. Hari Ini Milik Anda
Apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang, kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh itu, anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang.

4. Masa Depan Akan Datang Dengan Sendirinya
Oleh itu, janganlah anda mendahului sesuatu yang belum terjadi! Apakah anda mahu mengeluarkan kandungan sebelum waktunya dilahirkan, atau memetik buah-buahan sebelum masak? Hari esok adalah sesuatu yang belum nyata dan dapat diraba; belum berwujud dan tidak memiliki rasa dan warna. Lalu, mengapa harus kita menyibukkan diri dengan hari esok, mencemaskan kesialan-kesialan yang mungkin akan terjadi padanya, memikirkan kejadian-kejadian yang akan menimpanya, meramalkan bencana-bencana yang bakal ada di dalamnya? Bukankah kita juga tidak tahu apakah akan bertemu dengannya atau tidak dan apakah hari esok kita akan wujud kesenangan atau kesedihan?


5. Jadikan Kritikan Tajam sebagai Penghormatan
Sang Pencipta dan Pemberi rezeki Yang Maha Mulia, seringkali mendapat cacian dan cercaan dari orang pandir yang tidak berakal. Maka, apalagi saya, anda dan kita sebagai manusia yang selalu terpeleset dan salah. Dalam hidup ini, terutama jika anda seorang yang selalu memberi, memperbaiki,mempengaruhi dan berusaha membangun, maka anda akan selalu menerima kritikan-kritikan yang pedas dan pahit. Mungkin pula, sesekali anda akan mendapat cemuhan dan hinaan daripada orang lain.
Dan mereka, tidak akan pernah diam mengkritik anda sebelum anda masuk ke dalam liang lahad, menaiki tangga dan berpisah dengan mereka. Adapun apabila anda masih berada di tengah-tengah mereka, maka akan selalu ada perbuatan mereka yang membuat anda bersedih dan menitiskan air mata, mengalirkan darah kematian anda dan mengusik ketenangan anda.

*In Sya Allah jika ada kelapangan masa akan disambung*



No comments:

Post a Comment